Hiroshima,bandar berdarah,bandar bersejarah..
Hiroshima, bandar ini dahulunya pernah dihujani bom nuklear yang meragut ribuan nyawa meninggalkan nostalgia perit seantero dunia. Kunjungan kami ke sini banyak menyedarkan kami tentang bahana peperangan. Satu kunjungan yang pasti dikenang oleh kami berdua.

satu-satunya bangunan kesan peninggalan perang dunia di Hiroshima

Monumen ini dibina bagi memperingati seorang kanak-kanak yang terkorban akibat kesan radiasi bom nuklear tersebut.

Hiroshima Peace Memorial Museum


Ke dalam sungai inilah beribu-ribu manusia terjun untuk menyelamatkan diri selepas bandar Hiroshima dibom.Bayangkan jika diri ini berada di tempat kejadian ketika itu..

leave a comment